Tuesday 25 June 2013

9 Jenis Anak Syaitan




9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).




8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari



 Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? JOM SHARE

Wednesday 12 June 2013

PETUA ATASI MARAH

MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Apabila marah dan kecewa sekali pun, perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab. 

 Tindakan segera ketika rasa marah:

1. Baca ta'awwuz dengan bermaksud 'aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam'. Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.
2. Mengubah posisi dan kedudukan. Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.
3. Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.
4. Mengambil wuduk. Marah itu bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.
5. Diam. Usah berkata apa-apa sebaliknya diamkan diri, kosongkan fikiran dan lakukan gambaran minda yang positif dengan fokus kepada mencari hikmah dengan bertanya pada diri sendiri, "Kenapa Allah izinkan situasi ini berlaku? Apa hikmahnya? Apa yang boleh dipelajari daripadanya?"
6. Banyakkan berzikir dan selawat.
7. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran.
8. Ingat, bukan kita sahaja boleh marah,orang lain pun boleh marah. Malah orang lain marahnya mungkin lagi hebat daripada kita.

Tindakan jangka panjang
Bagi seseorang yang tahu bahawa dirinya memang jenis pemarah atau panas baran maka eloklah mengambil langkah-langkah jangka panjang seperti berikut:
1. Melakukan amalan seperti solat taubat,buat baik, Membaca al-Quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.
2. Menjaga diet pemakanan termasuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan makanan laut, elakkan makanan yang ada bahan pengawet.
3. Kegiatan Fizikal - badan yang sihat lebih mampu mengawal emosi.
4. Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya..
5. Banyakkan membaca buku-buku motivasi bagi membantu diri sendiri.
6. Bergaullah dengan orang yang berilmu dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130609/ba_01/Petua-atasi-marah#ixzz2Vy16SqK6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kenali Punca Kelemumur

Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.
Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia.
Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur. 


Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.
Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.
Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.
Elok berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.

Sunday 9 June 2013

Gigi kuat, sihat dan menawan!

GIGI merupakan salah satu aset penting bagi kehidupan seseorang. Kerosakan gigi yang teruk seperti berlubang pastinya akan menjejaskan rupa paras kamu, sekali gus mengurangkan keyakinan diri.
Umumnya, seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi. Gigi-gigi tersebut, termasuklah dua gigi kapak, satu gigi taring, dua geraham kecil dan tiga geraham besar dengan geraham bongsu. Gigi yang tidak akan berganti dinamakan sebagai gigi kekal kerana ia tidak akan tumbuh lagi selepas itu sampai bila-bila.
Oleh itu, penjagaan gigi amatlah penting untuk menjamin kehidupan yang ceria di hari kemudian kelak. Apatah lagi pada usia seperti kamu, waktu sebegini merupakan saat yang tepat untuk kamu mula ambil peduli tentang gigi kamu.
Sudah tentu kamu tidak mahu mengalami sebarang komplikasi gigi, bukan? Itu sebenarnya merupakan antara penyebab ada dalam kalangan kamu enggan memberikan senyuman tatkala bergaya di hadapan kamera.
Jadi, untuk tujuan itu, ruangan Kesihatan kali ini memberikan informasi menarik yang boleh kamu ikuti agar gigi kamu sentiasa sihat dan mampu menawan mereka yang berada di sekeliling kamu. Tentu kamu pernah mendengar peribahasa lebih baik mencegah daripada merawat, bukan? Jadi, teruskan membaca! - LAILISUHANA

Karies Gigi
- Terjadi apabila struktur gigi mereput dan mula mengakibatkan kerosakan (karies) nyata pada gigi. Hal ini berpunca daripada pengambilan gula secara kerap yang membantu kepada pembentukan asid oleh bakteria dalam plak gigi.
- Tindak balas daripada pengambilan itu dengan bakteria yang ada di dalam plak seterusnya akan menghasilkan asid yang akan menyerang gigi kamu dan menyebabkan gigi kamu reput.
- Apabila gigi kamu mulai mereput, secara tidak langsung ia akan memberikan satu implikasi yang negatif kepada penampilan kamu. Harus diingat bahawa gigi yang reput itu merupakan gigi kekal dan tidak mungkin akan berganti.
- Inilah yang akan terjadi apabila kamu gemar mengambil makanan ringan atau manis, tidak menjaga kebersihan mulut seperti amalan memberus gigi secara rutin dan kekurangan pengaliran saliva di dalam mulut.

Tanda Karies Gigi
* Kesakitan pada bahagian gigi (rasa seperti ngilu)
* Gigi mulai bertukar warna menjadi hitam
* Kamu mula akan menjadi tidak selesa untuk mengunyah dan memberus gigi.
* Mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
* Gigi berlubang

Komplikasi Karies Gigi
Bahagian gigi juga mempunyai komplikasi. Antaranya adalah bengkak pada gusi, gigi menjadi mati dan mula kehilangan gigi terutama gigi yang telah pun berlubang.
Tip Penjagaan Gigi
- Gosok gigi kamu setiap dua kali dalam sehari. Sekurang-kurangnya kamu dapat menghalang pembentukan kaviti pada gigi kamu.
- Gosok gigi kamu sebaik-baiknya selepas kamu bersarapan dan sebelum kamu bersedia untuk tidur. Cadangan masa untuk menggosok gigi adalah selama tiga minit setiap sesi.
- Bagi kamu yang mempunyai risiko gigi berlubang yang tinggi, kamu dinasihatkan supaya tidak berkumur selepas menggosok gigi pada waktu malam.
- Amalkan juga flossing pada setiap hari. Flossing dapat membantu kamu membuang sisa-sisa makanan di celah gigi yang sukar dicapai atau dibersihkan oleh berus gigi.
- Dapatkan juga pemeriksaan daripada doktor gigi dari klinik atau hospital yang berhampiran untuk mengetahui tahap kesihatan gigi kamu, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
- Selain itu, kamu juga perlulah mengelakkan diri kamu daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh merosakkan gigi seperti gula-gula dan minuman berkarbonat.

Tuesday 4 June 2013

PENTINGNYA MEMASTIKAN KULIT ANDA SENTIASA LEMBAP


John Goh menerangkan mengenai fungsi sabun mandian Dove ketika pelancaran sabun mandian itu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pastikan kulit sentiasa lembap

KULIT merupakan penghadang yang melindungi tubuh daripada radiasi serta trauma mekanikal dan kimia. Kulit juga berfungsi mengawal suhu badan, sebagai deria, melindungi daripada jangkitan kuman serta sebagai cara berkomunikasi sosioseksual.
Adalah penting untuk kita mempastikan kulit sentiasa lembap bagi mendapatkannya sihat dan nampak muda.
Untuk itu, gunakan pelembap kulit yang sesuai dan cepat meresap ke dalam kulit. Jangan gunakan pelembap yang sebarangan kerana terdapat pelembap kulit yang hanya akan menyebabkan kulit menjadi rosak dan bertambah kering.
Konsultan Dermatologis, Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr. Nazirin Ariffin berkata, kulit orang dewasa mengandungi 60 peratus kelembapan sementara bayi sebanyak 80 peratus.
''Jadi, semakin berusia seseorang itu kulitnya juga menjadi semakin kering. Oleh itu sentiasa gunakan pelembap kulit yang sesuai setiap hari bagi mengekalkan kelembapan.
''Bersenam juga membantu mendapatkan kulit yang cantik kerana apabila seseorang itu bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke kulit dan mengurangkan tekanan.
''Selain itu, tidur yang mencukupi juga penting kerana proses tidur membantu sel untuk bertenaga semula dan memberi kesan kepada kulit,'' kata Dr. Nazirin pada pelancaran sabun mandian Dove baharu dengan pelembap nutrium di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Dermatitis Sentuhan dan Alahan, Kosmetik Dermatologi dan Pembedahan Dermatologi, berkata, selain penggunaan pelembap kulit pemakaian topi, payung atau penutup kepala dan baju berlengan panjang apabila keluar rumah juga sedikit sebanyak membantu mengekalkan kelembapan lebih lama.
Ini kerana katanya, kulit yang terdedah pada sinar matahari secara terus bukan saja nampak kering bahkan mudah berkedut dan kusam.
Menurut Dr. Nazirin, ramai yang tidak mengetahui bahawa merokok juga membuatkan kulit cepat menjadi kering dan nampak tua kerana perjalanan darah ke kulit tersekat.
''Amalkan banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kedua-duanya mengandungi air, vitamin dan mineral.
''Jika kulit kering, ia boleh dilembapkan semula dengan memakai pelembap kulit. Sebaik-baiknya gunakan dua atau tiga kali sehari,'' ujar Dr. Nazirin lagi.
Sementara itu, Pengurus Aturan Penyelidikan dan Pembangunan, Penjagaan Kediaman dan Diri Unilever (M) Sdn. Bhd., John Goh berkata, mandian baharu Dove merupakan penemuan terkini dalam kategori sabun mandian badan yang mengandungi formula yang telah dipatenkan dengan teknologi pelembap nutrium.
''Mandian baru Dove adalah lebih berkhasiat berbanding susu. Ia mengandungi rumusan yang kaya dengan pelembap dan nutrisi semula jadi bagi menambah nutrien ke dalam kulit.
''Mandian badan biasa yang tidak mengandungi ramuan berkhasiat akan menyebabkan keadaan kulit kering dengan menanggalkan kelembapan semulajadi kulit. Sesetengah mandian badan biasa boleh merosakkan kandungan protein dan lipid di lapisan luar kulit semasa mandi.
''Pelembap dalam cecair mandian biasa akan berada di bahagian atas kulit buat sementara waktu. Namun pelembap nutrium baru akan menembusi permukaan lapisan epidermis kulit untuk memberikan khasiat kepada kulit dan menjadikan kelembapan kulit kekal lebih lama,'' kata Goh.

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar FAUZI BAHARUDDIN

Monday 3 June 2013

AWAS!!! PENYAKIT LEPTOSPIROSIS


Assalamualaikum..w.b.t
Sempena cuti-cuti sekolah ni mesti ramai yang akan ke tempat-tempat reakresi seperti air terjun dan sebagainya. Oleh itu, Info kesihatan untuk kali ini saya ingin berkongsi berkenaan penyakit Leptospirosis iaitu penyakit yang disebabkan oleh air kencing tikus yang sekarang ni banyak terjadi di kawasan reakreasi seperti air terjun. Di samping bercuti tu..sama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan persekitaran kita.

APA ITU LEPTOSPIROSIS?
Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira yang boleh terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia yang terjangkit seperti Tikus, Kucing, Anjing, Lembu, Kambing, Babi, Kuda, Dan haiwan-haiwan lain.

BAGAIMANAKAH IA MENJANGKITI MANUSIA?
Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah/berhubung secara langsung dengan air/air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit. Manusia juga boleh dijangkiti jika mengambil mekanan atau minuman yeng tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit. 

Tempoh Inkubasi/pengeraman adalah selama 5 - 14 hari.



APAKAH TANDA-TANDA LEPTOSPIROSIS?
Pesakit boleh mempunyai pelbagai gejala jika dijangkiti bakteria Leptospira seperti:
  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Loya, Muntah
  • Sakit Otot
  • Kemerahan Pada Mata
  • Ruam Kulit
  • Sakit PAda Abdomen
  • Batuk
  • Sakit Pada Betis
  • Jaundis (mata kekuningan)
  • Air Kencing Berwarna Kehitaman (seperti air teh 'o pekat)

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG DISARANKAN?
  •  Menjaga kebersihan persekitaran rumah.
  • Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus.
  • Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.
  • Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas bekerja di kebun, membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
  • Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna.
  • Jangan bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir.
  • Segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan tadi.

KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!!

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini..

Lain lain Artikel untuk anda..

Ping Blog