Tuesday 29 October 2013

10 wasiat Hasan Al-Banna


Berminat untuk memulakan perniagaan KLIK SINI

ATAU >>> email: zie_ajmaja@yahoo.com
ATAU >>> tel/whatsApp/ : 0199503684

Monday 14 October 2013

SALAM AIDILAHDA



Berminat untuk memulakan perniagaan KLIK SINI

ATAU >>> email: zie_ajmaja@yahoo.com
ATAU >>> tel/whatsApp/WeChat : 0199503684

Wednesday 28 August 2013

Open House



Assalamualaikum...

Syawal dah hampir ke penghujungnye..maka banyaklah open house yang diundang..
2 minggu YaYang keje ni, hari2 makan free je..open house sane sini..Macam-macam makanan yang ade..bila banyak makanan ni banyak jugaklah kalori yang singgah kat badan ni..makin bertambahlah babat sane sini hmmmm..
hari ni pun ade lagi open house nak kene gi..esok pun ade minggu depan pun ade jugak..
Sebenarnye YaYang plan nak berdiet tapi semua tu dah hancur lebur dah hihihi dek disebabkan open house..kalau tak gi rasa rugi pulak, bukan selalu pun hihihi..
nampaknye lain kali je la YaYang on diet kehkehkeh..
Yang bestnye open house ni, YaYang dah jumpa myfeveret kuih iaitu kepek pisang n kuih siput..yesss, akhirnyeee  dapat jugak..

Monday 19 August 2013

KEREPEK PISANG VS KUIH SIPUT


Assalamualaikum...
Sekejap je masa berlalu..hari ni dah masuk hari ke 12 kite beraya..
Tapi selama 12 hari yang berlalu ni..Ya Yang tak jumpa lagi dengan kerepek pisang & kuih siput..



hmmm..susah plak nk jumpe ek.gi beraye rumah orang macam-macam jenis kuih yang dihidangkan tapi yang menjadi pujaan hati tak ketemu lagi..
tak tau la kenape kalau time raye rasa macam sedap sangat kerepek pisang & kuih siput ni..padahal kalau tak time raye pun ade gak jual kat kedai2..
tapi yang beli tak sedap pulak..sedap yang orang hidang jugak hehehe...
Rase rindu pulak suasana di bulan ramadhan..harap diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Monday 12 August 2013

KERJA DALAM MOOD RAYA

Assalamualaikum..
Salam Aidilfitri..empat hari sibuk beraye sampai tak sempat nak update blog hehe..Pejam celik pejam celik hari ni dah raye ke lima..hmmm maknenye kene masuk kerja lah..
Orang lain sibuk lagi dok beraye sakan, Ya Yang dah kene kerja..malasnye lah rasa..
Penat perjalanan jauh semalam belum habis lagi..memang mood kerja pun belum ade lagi ni..hari ni masuk ofis lemau je..ofis sunyi sepi..adeh la..
Tak sabar plak nak tunggu hari khamis ni coz nak balik kampung untuk beraye di Pekan, Pahang plak..kampung my husband hehe.
Tahun ni first time anak Ya Yang beraya..banyak duit raye die dapat hehehe..teringat plak time kecik2 dulu.bila hari raye je sibuk pergi beraye kumpul duit raye, tapi dulu tak macam sekarang. dapat 50sen pun dah besar..sekarang ni xde dah yang bagi sen-sen ni..paling sikit pun Rm1..
Hari ni Kerja jz layan Candy Crush Saga je sambil menghitung detik-detik waktu untuk balik rumah hehe..



Tuesday 6 August 2013

LAGU RAYA UNTUK SEMUA

Assalamualaikum..w.b.t. 
Bahang nak raye semakin terasa..ramai yang dah mula bercuti dan balik ke kampung masing.. Bagi yang perjalanan jauh tu berhati-hatilah ketika memandu ye.. Bagi saya pulak, petang esok bru nak balik kampung..tahun ni beraya di penang. memang dah tak sabar nak balik ni mood keje pun dah xde huhuhu ok rasanye ni last saya update blog ni sebelum sambut raya. lepas tu cuti raya memang tak sempat la nk update blog ni..yaaahoooooo nak balik kampung.lambat rasanye nak tunggu esok hehehe Sempena menyambut ketibaan Syawal ni..saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin.. 
Lagu raya kat bawah ni saya tujukan untuk semua hehehe..selamat menonton!!!



Monday 29 July 2013

PENTING DAN HARUS DIBACA!

Salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa..bersama kita mencari malam lailatulqadar di sepuluh malam terakhir....
Disini saya ingin kongsikan sedikit maklumat sebagai satu peringatan untuk semua..
Maklumat ni saya dapat dari artikel yang saya baca dalam facebook. 


'Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga
bersiar² dengan membawa beberapa
minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota
keluarga dimasukkan ke hospital dan
ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil
autopsi menyimpulkan ia terkena
Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin
minuman yang diminumnya, tanpa
menggunakan gelas/cawan. Hasil test
menunjukkan tin tersebut telah terkena
(dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering
yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata
bahagian atas semua tin minuman sebelum
meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman
ini disimpan dalam gudang dan terus
dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa
dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa
bahagian atas semua minuman tin lebih
tercemar jika dibandingkan dengan tandas
awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih
dahulu dengan air sebelum
memasukkannya ke mulut untuk
menghindari segala jenis kecelakaan.

SHARE & SEBARKAN!

Sunday 21 July 2013

Jom Blogwalking Kisah Ramadhan

Assalamualaikum..w.b.t..

Satu entri yang menarik dari PCL iaitu segmen blogwalking kisah ramadhan. Jom ramai2 meriahkan segmen ni. Syarat-syarat nak join sangat simple dan korang mesti boleh buat..nak tau syarat-syaratnya..klik banner kat bawah ni 


Ini kisah Ramadhan saya untuk tatapan semua..SeLaMat MemBaCA (^_^)v

Kisah ni berlaku pada tahun 2010. Ramadhan pertama tanpa family dan jauh di perantauan..(jauh la sgt..kat Klang je kot huhu). Atas sebab tak dapat cuti aku sambut puasa berdua je la dengan rakan serumah..
Masa tu kami punya la excited nk berpuase ni..siap plan nk g terawikh tiap-tiap malam jalan kaki cz surau dekat je ngan rumah lebih kurang 300M..maklumlakan, kalau berjalan ni pahala dapat lebih sikit..
Ramadhan pertama masa tu kami keje..balik keje g bazar beli juadah untuk berbuka dengan penuh nafsunye tp masa berbebuka jz makan sikit je cz nk g terawikh kan..takut xlarat pulak nanti kalau makan banyak-banyak hehe
Lepas solat maghrib je kami pun siap-siap la nak gi terawikh ni..dengan penuh semangatnye berjalanlah kitorang dengan membawa beg telekung hehe.. keluar rumah je tengok kat luar kosong je, xde orang pun g jalan kaki tapi xpelah kami teruskan jugak niat suci kami tu..baru jalan lepas 2 buah rumah tetiba ada anjing gila dok menyalak kat belakang kami. apa lagi cuak bukan kepalang la..bila kami jalan anjing tu ikut..bila stop die pun stop jugak sambil dok menyalak.lama jugak la kami dok terpacak kat tengah jalan tu cz takut anjing gila tu ikut. Tapi yang membuatkan kami pun boleh jadi gila jugak bila kami xjalan anjing tu makin datang dekat pulak sambil menyalak lagi kuat..nak lari takut kene terkam. maklum la anjing gila ni kita xboleh jangka gilanya huhuhu..
Ntah kenapa tetiba kononnye saya nk buat-buat berani la dengan ambil batu pas tu baling anjing tu..bila baling je anjing tu terus menyalak lagi kuat dan gayanye seolah-olah nak kejar dan kami pun apa lagi..xkan nak tunggu kan..lari la sekuat hati sepenuh tenaga menuju ke destinasi..anjing gila tu..sekali lagi saya cakap ye anjing gila ni kita xboleh jangka gilanya..
Penat berlari aku tengok belakang anjing tadi tu masih lagi kt tempat tadi dan masih menyalak xhenti-henti. Agaknya masa aku baling batu tu die gerak sikit je kot tapi kami yang over berlari hahaha..patutla masa lari tu makin lama makin jauh je bunyi salakan anjing tu..
Tetiba rasa macam tebal je muka aku ni cz malu kot-kot ade yang tengok aksi kami tadi huhu..Tapi masa berlari tu, tak dapat aku nafikan yang kawan aku sorang ni memang berbakat dalam acara lumba lari. bakatnye perlu di ketengahkan hahaha..
Dengan termengah-mengahnye kami sampai di surau dan masa tu orang dah nak mula terawikh dah. Kami pun masuk dalam surau seperti takde apa yang jadi..buat muke rilex je..tapi hakikatnye masih trauma dengan kejadian tersebut di atas huhuhu..baru 4 rakaat solat kawan aku dah xlarat terus dok tepi..aku pulak meneruskan solat malam tu tapi nak masuk rakaat ke 7 ak pulak xlarat..ketar lutut nak berdiri pun xboleh.aku pun menyertai kawan aku tadi menyadaikan diri kat tepi dinding..rehatkan diri. Bila ramai jemaah sedang meninggalkan surau tersebut kami pun ikut la sekali. balik rumah dengan penuh berhati-hati kot-kot anjing tadi tunggu lagi kan huhu..
Sampai je rumah kami sambung makan semula la cz tadi jamah sikit je..nk terawikh katekan.
sambil menjamah makanan sambil dok bergelak mengingatkan apa yang dah terjadi tadi tu..huhu..selepas tu, untuk esok dan seterusnye niat suci kami tu terpakse dikuburkan dek kerana fobia yang masih bersarang diminda hahaha..

p/s: lakukanlah senaman setiap hari agar stamina kita dapat ditingkatkan hohoho.


Sunday 14 July 2013

RAMADAHAN AL MUBARAK

ASSALAMUALAIKUM..W.B.T..

Salam sejahtera kepada semua pembaca.dah lama saya tak up-date di blog ni. kesibukan kerja la katakan hehehe..tiada apa yang nak saya pos kan untuk kali ni. hanya sekadar coretan kosong.
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan. Ambillah peluang di bulan yang mulia ini untuk meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadah..
Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA UNTUK SEMUA..

Tuesday 25 June 2013

9 Jenis Anak Syaitan




9 Jenis Anak Syaitan.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).




8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari



 Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? JOM SHARE

Wednesday 12 June 2013

PETUA ATASI MARAH

MARAH seringkali dilihat sebagai satu perasaan yang negatif dan tidak membawa manfaat. Sebenarnya, apa sahaja bentuk perasaan yang Allah ciptakan untuk manusia adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Kita boleh marah asalkan kemarahan itu kerana Allah dan atas perkara yang Allah izinkan sahaja. Kita marah apabila orang mempermainkan agama, melakukan dosa dan maksiat, menzalimi dan menganiaya, mengambil atau menyekat hak kita, dan seumpamanya. Namun, marah itu mestilah kena pada orangnya, tempatnya, masanya dan caranya. Usah marah membuta tuli hanya kerana dorongan nafsu atau tanpa kawalan kerana ia akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Apabila marah dan kecewa sekali pun, perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, perlakuan tersebut mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab. 

 Tindakan segera ketika rasa marah:

1. Baca ta'awwuz dengan bermaksud 'aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam'. Sebab orang yang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.
2. Mengubah posisi dan kedudukan. Misalnya, kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.
3. Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.
4. Mengambil wuduk. Marah itu bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.
5. Diam. Usah berkata apa-apa sebaliknya diamkan diri, kosongkan fikiran dan lakukan gambaran minda yang positif dengan fokus kepada mencari hikmah dengan bertanya pada diri sendiri, "Kenapa Allah izinkan situasi ini berlaku? Apa hikmahnya? Apa yang boleh dipelajari daripadanya?"
6. Banyakkan berzikir dan selawat.
7. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran.
8. Ingat, bukan kita sahaja boleh marah,orang lain pun boleh marah. Malah orang lain marahnya mungkin lagi hebat daripada kita.

Tindakan jangka panjang
Bagi seseorang yang tahu bahawa dirinya memang jenis pemarah atau panas baran maka eloklah mengambil langkah-langkah jangka panjang seperti berikut:
1. Melakukan amalan seperti solat taubat,buat baik, Membaca al-Quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.
2. Menjaga diet pemakanan termasuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan makanan laut, elakkan makanan yang ada bahan pengawet.
3. Kegiatan Fizikal - badan yang sihat lebih mampu mengawal emosi.
4. Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya..
5. Banyakkan membaca buku-buku motivasi bagi membantu diri sendiri.
6. Bergaullah dengan orang yang berilmu dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130609/ba_01/Petua-atasi-marah#ixzz2Vy16SqK6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kenali Punca Kelemumur

Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.
Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia.
Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur. 


Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.
Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.
Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.
Elok berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.

Sunday 9 June 2013

Gigi kuat, sihat dan menawan!

GIGI merupakan salah satu aset penting bagi kehidupan seseorang. Kerosakan gigi yang teruk seperti berlubang pastinya akan menjejaskan rupa paras kamu, sekali gus mengurangkan keyakinan diri.
Umumnya, seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi. Gigi-gigi tersebut, termasuklah dua gigi kapak, satu gigi taring, dua geraham kecil dan tiga geraham besar dengan geraham bongsu. Gigi yang tidak akan berganti dinamakan sebagai gigi kekal kerana ia tidak akan tumbuh lagi selepas itu sampai bila-bila.
Oleh itu, penjagaan gigi amatlah penting untuk menjamin kehidupan yang ceria di hari kemudian kelak. Apatah lagi pada usia seperti kamu, waktu sebegini merupakan saat yang tepat untuk kamu mula ambil peduli tentang gigi kamu.
Sudah tentu kamu tidak mahu mengalami sebarang komplikasi gigi, bukan? Itu sebenarnya merupakan antara penyebab ada dalam kalangan kamu enggan memberikan senyuman tatkala bergaya di hadapan kamera.
Jadi, untuk tujuan itu, ruangan Kesihatan kali ini memberikan informasi menarik yang boleh kamu ikuti agar gigi kamu sentiasa sihat dan mampu menawan mereka yang berada di sekeliling kamu. Tentu kamu pernah mendengar peribahasa lebih baik mencegah daripada merawat, bukan? Jadi, teruskan membaca! - LAILISUHANA

Karies Gigi
- Terjadi apabila struktur gigi mereput dan mula mengakibatkan kerosakan (karies) nyata pada gigi. Hal ini berpunca daripada pengambilan gula secara kerap yang membantu kepada pembentukan asid oleh bakteria dalam plak gigi.
- Tindak balas daripada pengambilan itu dengan bakteria yang ada di dalam plak seterusnya akan menghasilkan asid yang akan menyerang gigi kamu dan menyebabkan gigi kamu reput.
- Apabila gigi kamu mulai mereput, secara tidak langsung ia akan memberikan satu implikasi yang negatif kepada penampilan kamu. Harus diingat bahawa gigi yang reput itu merupakan gigi kekal dan tidak mungkin akan berganti.
- Inilah yang akan terjadi apabila kamu gemar mengambil makanan ringan atau manis, tidak menjaga kebersihan mulut seperti amalan memberus gigi secara rutin dan kekurangan pengaliran saliva di dalam mulut.

Tanda Karies Gigi
* Kesakitan pada bahagian gigi (rasa seperti ngilu)
* Gigi mulai bertukar warna menjadi hitam
* Kamu mula akan menjadi tidak selesa untuk mengunyah dan memberus gigi.
* Mulut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
* Gigi berlubang

Komplikasi Karies Gigi
Bahagian gigi juga mempunyai komplikasi. Antaranya adalah bengkak pada gusi, gigi menjadi mati dan mula kehilangan gigi terutama gigi yang telah pun berlubang.
Tip Penjagaan Gigi
- Gosok gigi kamu setiap dua kali dalam sehari. Sekurang-kurangnya kamu dapat menghalang pembentukan kaviti pada gigi kamu.
- Gosok gigi kamu sebaik-baiknya selepas kamu bersarapan dan sebelum kamu bersedia untuk tidur. Cadangan masa untuk menggosok gigi adalah selama tiga minit setiap sesi.
- Bagi kamu yang mempunyai risiko gigi berlubang yang tinggi, kamu dinasihatkan supaya tidak berkumur selepas menggosok gigi pada waktu malam.
- Amalkan juga flossing pada setiap hari. Flossing dapat membantu kamu membuang sisa-sisa makanan di celah gigi yang sukar dicapai atau dibersihkan oleh berus gigi.
- Dapatkan juga pemeriksaan daripada doktor gigi dari klinik atau hospital yang berhampiran untuk mengetahui tahap kesihatan gigi kamu, sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
- Selain itu, kamu juga perlulah mengelakkan diri kamu daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh merosakkan gigi seperti gula-gula dan minuman berkarbonat.

Tuesday 4 June 2013

PENTINGNYA MEMASTIKAN KULIT ANDA SENTIASA LEMBAP


John Goh menerangkan mengenai fungsi sabun mandian Dove ketika pelancaran sabun mandian itu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pastikan kulit sentiasa lembap

KULIT merupakan penghadang yang melindungi tubuh daripada radiasi serta trauma mekanikal dan kimia. Kulit juga berfungsi mengawal suhu badan, sebagai deria, melindungi daripada jangkitan kuman serta sebagai cara berkomunikasi sosioseksual.
Adalah penting untuk kita mempastikan kulit sentiasa lembap bagi mendapatkannya sihat dan nampak muda.
Untuk itu, gunakan pelembap kulit yang sesuai dan cepat meresap ke dalam kulit. Jangan gunakan pelembap yang sebarangan kerana terdapat pelembap kulit yang hanya akan menyebabkan kulit menjadi rosak dan bertambah kering.
Konsultan Dermatologis, Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr. Nazirin Ariffin berkata, kulit orang dewasa mengandungi 60 peratus kelembapan sementara bayi sebanyak 80 peratus.
''Jadi, semakin berusia seseorang itu kulitnya juga menjadi semakin kering. Oleh itu sentiasa gunakan pelembap kulit yang sesuai setiap hari bagi mengekalkan kelembapan.
''Bersenam juga membantu mendapatkan kulit yang cantik kerana apabila seseorang itu bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke kulit dan mengurangkan tekanan.
''Selain itu, tidur yang mencukupi juga penting kerana proses tidur membantu sel untuk bertenaga semula dan memberi kesan kepada kulit,'' kata Dr. Nazirin pada pelancaran sabun mandian Dove baharu dengan pelembap nutrium di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Dermatitis Sentuhan dan Alahan, Kosmetik Dermatologi dan Pembedahan Dermatologi, berkata, selain penggunaan pelembap kulit pemakaian topi, payung atau penutup kepala dan baju berlengan panjang apabila keluar rumah juga sedikit sebanyak membantu mengekalkan kelembapan lebih lama.
Ini kerana katanya, kulit yang terdedah pada sinar matahari secara terus bukan saja nampak kering bahkan mudah berkedut dan kusam.
Menurut Dr. Nazirin, ramai yang tidak mengetahui bahawa merokok juga membuatkan kulit cepat menjadi kering dan nampak tua kerana perjalanan darah ke kulit tersekat.
''Amalkan banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana kedua-duanya mengandungi air, vitamin dan mineral.
''Jika kulit kering, ia boleh dilembapkan semula dengan memakai pelembap kulit. Sebaik-baiknya gunakan dua atau tiga kali sehari,'' ujar Dr. Nazirin lagi.
Sementara itu, Pengurus Aturan Penyelidikan dan Pembangunan, Penjagaan Kediaman dan Diri Unilever (M) Sdn. Bhd., John Goh berkata, mandian baharu Dove merupakan penemuan terkini dalam kategori sabun mandian badan yang mengandungi formula yang telah dipatenkan dengan teknologi pelembap nutrium.
''Mandian baru Dove adalah lebih berkhasiat berbanding susu. Ia mengandungi rumusan yang kaya dengan pelembap dan nutrisi semula jadi bagi menambah nutrien ke dalam kulit.
''Mandian badan biasa yang tidak mengandungi ramuan berkhasiat akan menyebabkan keadaan kulit kering dengan menanggalkan kelembapan semulajadi kulit. Sesetengah mandian badan biasa boleh merosakkan kandungan protein dan lipid di lapisan luar kulit semasa mandi.
''Pelembap dalam cecair mandian biasa akan berada di bahagian atas kulit buat sementara waktu. Namun pelembap nutrium baru akan menembusi permukaan lapisan epidermis kulit untuk memberikan khasiat kepada kulit dan menjadikan kelembapan kulit kekal lebih lama,'' kata Goh.

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar FAUZI BAHARUDDIN

Monday 3 June 2013

AWAS!!! PENYAKIT LEPTOSPIROSIS


Assalamualaikum..w.b.t
Sempena cuti-cuti sekolah ni mesti ramai yang akan ke tempat-tempat reakresi seperti air terjun dan sebagainya. Oleh itu, Info kesihatan untuk kali ini saya ingin berkongsi berkenaan penyakit Leptospirosis iaitu penyakit yang disebabkan oleh air kencing tikus yang sekarang ni banyak terjadi di kawasan reakreasi seperti air terjun. Di samping bercuti tu..sama-samalah kita menjaga kesihatan dan kebersihan persekitaran kita.

APA ITU LEPTOSPIROSIS?
Penyakit Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira yang boleh terdapat di dalam air kencing haiwan mamalia yang terjangkit seperti Tikus, Kucing, Anjing, Lembu, Kambing, Babi, Kuda, Dan haiwan-haiwan lain.

BAGAIMANAKAH IA MENJANGKITI MANUSIA?
Manusia boleh dijangkiti sekiranya terdedah/berhubung secara langsung dengan air/air banjir yang tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit. Manusia juga boleh dijangkiti jika mengambil mekanan atau minuman yeng tercemar dengan air kencing haiwan yang terjangkit. 

Tempoh Inkubasi/pengeraman adalah selama 5 - 14 hari.



APAKAH TANDA-TANDA LEPTOSPIROSIS?
Pesakit boleh mempunyai pelbagai gejala jika dijangkiti bakteria Leptospira seperti:
  • Demam
  • Sakit Kepala
  • Loya, Muntah
  • Sakit Otot
  • Kemerahan Pada Mata
  • Ruam Kulit
  • Sakit PAda Abdomen
  • Batuk
  • Sakit Pada Betis
  • Jaundis (mata kekuningan)
  • Air Kencing Berwarna Kehitaman (seperti air teh 'o pekat)

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG DISARANKAN?
  •  Menjaga kebersihan persekitaran rumah.
  • Tutup dan tudung makanan supaya dihindari dari tikus.
  • Mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.
  • Mencuci tangan, kaki serta bahagian anggota lain dengan sabun selepas bekerja di kebun, membersih sampah dan kawasan rumah selepas banjir.
  • Cuci dan balut sebarang luka yang terdapat di anggota badan dengan sempurna.
  • Jangan bermain air dan lopak terutamanya selepas banjir.
  • Segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda seperti yang telah dinyatakan tadi.

KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!!

Thursday 30 May 2013

Parah ditimpa tandan sawit

TEO Liang Chuan yang ditimpa setandan kelapa sawit dibawa ke bilik kecemasan HPSF di Muar, Johor, semalam

LEDANG 29 Mei - Seorang pekebun lelaki cedera parah di muka dan kepala selepas ditimpa setandan kelapa sawit seberat 20 kilogram yang dipetiknya di sebuah kebun di Parit Bunga dekat sini semalam. Kejadian berlaku pukul 11 pagi mengakibatkan Teo Liang Chuan, 43, patah tulang hidung manakala tempurung kepalanya retak sehingga terpaksa dirawat di wad kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Ketika kejadian, isterinya yang berusia lingkungan 40-an berada selang tiga pokok dari tempat Liang Chuan memetik buah kelapa sawit berkenaan. Difahamkan, mangsa mengambil alih tugas memetik buah itu di kebun milik rakannya selepas salah seorang daripada pekerjanya berhenti beberapa bulan lalu. Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Teo, 60-an, berkata, anaknya datang ke kebun itu ditemani isteri dan seorang pekerja warga Indonesia. "Tandan kelapa sawit itu jatuh dari ketinggian 15 kaki (4.5 meter), menimpa muka anak saya menyebabkan dia terus rebah dan pengsan. Menantu saya kemudian segera membawa suaminya ke hospital dalam keadaan muka berlumuran darah," katanya ketika ditemui di hospital. Menurut Teo, ini merupakan pengalaman mengerikan menimpa anaknya itu yang sudah 10 tahun berpengalaman memetik tandan kelapa sawit. Meskipun kecederaan yang dihadapi Lian Chuan agak teruk, dia berharap anaknya dapat diselamatkan dan pulih seperti sedia kala.

Wednesday 29 May 2013

Bersalin atas jalan

Serdang: Menyayat hati apabila seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, berseorangan.
Ketika kejadian dia terasa hendak bersalin dan bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.

Bagaimanapun wanita berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.
Lebih menyedihkan, bayi lelakinya juga gagal diselamatkan apabila kakinya yang terkeluar terlebih dahulu menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.

“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.
“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.

“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.

“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.

“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.

“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.
 
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

Thursday 23 May 2013

BAHAYANYA PENYAKIT TIBI


Assalamualaikum..w.b.t

Dah banyak hari tak update kat blog ni sebab gi kursus 2 hari dan kat ofis pulak internet wal hal. Ok lah, hari ni saya nak kongsikan sedikit berkaitan bahayanya penyakit TB. Ilmu yang sangat berguna untuk tatapan anda semua yang saya perolehi dari kursus yang saya hadiri salama 2 hari iaitu pada 19 Mei 2013 dan 20 Mei 2013.

APA ITU TIBI?
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat dengan sempurna.  Ia diesebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis yang hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Namun, penyakit ini tidak boleh berjangkit melalui bersalaman atau berkongsi alat makanan.
Rawatan yang sempurna bagi penyakit Tibi ialah rawatan yang mengambil masa selama 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik. 2 bulan pertama pesakit akan diberi dengan 4 jenis ubat yang perlu diambil setiap hari. Bagi 4 bulan berikutnya pula, pesakit akan diberi dengan 2 atau 3 jenis ubat yang perlu diambil 2 kali seminggu.

CARA PENYEBARAN TIBI
Penyakit Tibi disebarkan  melalui udara ketika pesakit batuk atau bersin. Individu yang menyedut udara yang tercemar ini akan berisiko dijangkiti penyakit Tibi. Tempat yang sempit dan kurang pengudaraan juga boleh menyebabkan bakteria Tibi merebak dan menjangkiti seseorang dengan mudah. Biasanya bakteria Tibi menjangkiti paru-paru dan ia juga boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

TANDA-TANDA TIBI
1.       Batuk yang berterusan melebihi 2 minggu.
2.       Kahak yang mengandungi darah.
3.       Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam.
4.       Hilang selera makan dan berat badan menurun.
5.       Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang atau sesak nafas.
6.       Mudah menjadi letih. 

CARA MENGESAN PENYAKIT TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, anda perlu :
1.       Mendapatkan pemeriksaan doctor.
2.       Melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria Tibi.
3.       Menjalani pemeriksaan x-ray dada.

KUMPULAN BERISIKO UNTUK JANGKITAN TIBI
Golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit Tibi ialah individu yang berhubung rapat dengan pesakit dalam tempoh masa 6 jam hingga 8 jam atau lebih seperti ahli keluarga yang tinggal serumah, rakan-rakan sekerja dan sebagainya. Selain itu, pengidap HIV, individu yang kurang zat dan vitamin dan pengidap penyakit kronik juga berisiko mendapat Tibi.

CARA MENCEGAH TIBI
1.       Bayi yang baru lahir mestilah diberi suntikan BCG. Dapatkan semula suntikan sekiranya tiada bekas parut selepas 3 bulan.
2.       Segera berjumpa doctor sekiranya mengalami batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu.
3.       Kontak atau ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap Tibi dalam tempoh yang lama hendaklah pergi untuk membuat pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan.

Sampai disini dahulu perkongsian maklumat kita pada hari ni ye..
jumpa lagi di lain post hehehe (^^,)V..

Wednesday 15 May 2013

Sambungan Bahagian 3: Bagaimana Nak Pasarkan E-book Tanpa Sebarang Modal ?

Salam Sejahtera..bersua kembali hehehe
Topik kali in merupakan rentetan daripada topik-topik sebelum ini. Sekiranya anda telah siap menghasilkan e-book anda, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut: 
1)Buka website ini .. Klik sini!  LIHAT APA YANG PATUT!
2)Klik di bahagian ini pula .. Klik sini! 
3)Masukkan nama dan email anda seterusnya lakukan pengesahan email
4)Download panduan yang diberikan
5)Baca setiap file yang diberikan selepas anda telahpun siap mendownload panduan tersebut.
6)Fahamkan apa kehendak panduan tersebut!
Akhir sekali,sila hantarkan e-book anda beserta dengan borang proposal.Sebarang masalah,anda boleh ajukan soalan kepada pihak klikjer.com.
Baki 9 hari adalah hari untuk proses penambahbaikan e-book anda sekiranya pihak klikjer.com meminta anda untuk merombak kembali e-book anda itu.
Serta,anda perlu membuat 1 draft ayat jualan seperti ayat yang menceritakan mengenai produk anda kepada pihak klikjer.Soal domain,hosting dan promosi,anda tidak perlu risau!
Saya yakin ,dengan kredibiliti yang ada pada pihak klikjer , e-book anda pasti akan terjual juga pada akhirnya .. insyallah!
Sekiranya pihak klikjer telah menerima e-book DAN draft ayat jualan anda , MAKA APA YANG PATUT ANDA BUAT?
Jawapannya ialah TUNGGU SAHAJA DUIT MASUK ke dalam akaun bank anda
Jangan ANDA RISAU MENGENAI PROMOSI , kerana pihak klikjer akan sedaya upaya membantu mempromosikan e-book anda!
Jika anda mahu tolong promosikan di facebook e-book yang telah anda hasilkan dengan usaha anda sendiri , apa salahnya! 
SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN E-BOOK PERTAMA ANDA !!!

*semua langkah-langkah penghasilan eBook dalam masa 30 hari ini saya perolehi dari beberapa siri email dari En.Ahmad Sabri (^^,)v

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini..

Lain lain Artikel untuk anda..

Ping Blog