Thursday 30 May 2013

Parah ditimpa tandan sawit

TEO Liang Chuan yang ditimpa setandan kelapa sawit dibawa ke bilik kecemasan HPSF di Muar, Johor, semalam

LEDANG 29 Mei - Seorang pekebun lelaki cedera parah di muka dan kepala selepas ditimpa setandan kelapa sawit seberat 20 kilogram yang dipetiknya di sebuah kebun di Parit Bunga dekat sini semalam. Kejadian berlaku pukul 11 pagi mengakibatkan Teo Liang Chuan, 43, patah tulang hidung manakala tempurung kepalanya retak sehingga terpaksa dirawat di wad kecemasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Ketika kejadian, isterinya yang berusia lingkungan 40-an berada selang tiga pokok dari tempat Liang Chuan memetik buah kelapa sawit berkenaan. Difahamkan, mangsa mengambil alih tugas memetik buah itu di kebun milik rakannya selepas salah seorang daripada pekerjanya berhenti beberapa bulan lalu. Bapa mangsa yang mahu dikenali sebagai Teo, 60-an, berkata, anaknya datang ke kebun itu ditemani isteri dan seorang pekerja warga Indonesia. "Tandan kelapa sawit itu jatuh dari ketinggian 15 kaki (4.5 meter), menimpa muka anak saya menyebabkan dia terus rebah dan pengsan. Menantu saya kemudian segera membawa suaminya ke hospital dalam keadaan muka berlumuran darah," katanya ketika ditemui di hospital. Menurut Teo, ini merupakan pengalaman mengerikan menimpa anaknya itu yang sudah 10 tahun berpengalaman memetik tandan kelapa sawit. Meskipun kecederaan yang dihadapi Lian Chuan agak teruk, dia berharap anaknya dapat diselamatkan dan pulih seperti sedia kala.

Wednesday 29 May 2013

Bersalin atas jalan

Serdang: Menyayat hati apabila seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, berseorangan.
Ketika kejadian dia terasa hendak bersalin dan bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin.

Bagaimanapun wanita berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa.
Lebih menyedihkan, bayi lelakinya juga gagal diselamatkan apabila kakinya yang terkeluar terlebih dahulu menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin.

“Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya.
“Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu.

“Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas,” katanya.
Sumber berkata, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit.

“Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin.

“Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang,” katanya.

Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung.

“Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai ‘teman wanitanya’ kerana sikapnya yang seperti lelaki,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.
 
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi 
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/29

Thursday 23 May 2013

BAHAYANYA PENYAKIT TIBI


Assalamualaikum..w.b.t

Dah banyak hari tak update kat blog ni sebab gi kursus 2 hari dan kat ofis pulak internet wal hal. Ok lah, hari ni saya nak kongsikan sedikit berkaitan bahayanya penyakit TB. Ilmu yang sangat berguna untuk tatapan anda semua yang saya perolehi dari kursus yang saya hadiri salama 2 hari iaitu pada 19 Mei 2013 dan 20 Mei 2013.

APA ITU TIBI?
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat dengan sempurna.  Ia diesebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis yang hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Namun, penyakit ini tidak boleh berjangkit melalui bersalaman atau berkongsi alat makanan.
Rawatan yang sempurna bagi penyakit Tibi ialah rawatan yang mengambil masa selama 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik. 2 bulan pertama pesakit akan diberi dengan 4 jenis ubat yang perlu diambil setiap hari. Bagi 4 bulan berikutnya pula, pesakit akan diberi dengan 2 atau 3 jenis ubat yang perlu diambil 2 kali seminggu.

CARA PENYEBARAN TIBI
Penyakit Tibi disebarkan  melalui udara ketika pesakit batuk atau bersin. Individu yang menyedut udara yang tercemar ini akan berisiko dijangkiti penyakit Tibi. Tempat yang sempit dan kurang pengudaraan juga boleh menyebabkan bakteria Tibi merebak dan menjangkiti seseorang dengan mudah. Biasanya bakteria Tibi menjangkiti paru-paru dan ia juga boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

TANDA-TANDA TIBI
1.       Batuk yang berterusan melebihi 2 minggu.
2.       Kahak yang mengandungi darah.
3.       Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam.
4.       Hilang selera makan dan berat badan menurun.
5.       Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang atau sesak nafas.
6.       Mudah menjadi letih. 

CARA MENGESAN PENYAKIT TIBI
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas, anda perlu :
1.       Mendapatkan pemeriksaan doctor.
2.       Melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria Tibi.
3.       Menjalani pemeriksaan x-ray dada.

KUMPULAN BERISIKO UNTUK JANGKITAN TIBI
Golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit Tibi ialah individu yang berhubung rapat dengan pesakit dalam tempoh masa 6 jam hingga 8 jam atau lebih seperti ahli keluarga yang tinggal serumah, rakan-rakan sekerja dan sebagainya. Selain itu, pengidap HIV, individu yang kurang zat dan vitamin dan pengidap penyakit kronik juga berisiko mendapat Tibi.

CARA MENCEGAH TIBI
1.       Bayi yang baru lahir mestilah diberi suntikan BCG. Dapatkan semula suntikan sekiranya tiada bekas parut selepas 3 bulan.
2.       Segera berjumpa doctor sekiranya mengalami batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu.
3.       Kontak atau ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap Tibi dalam tempoh yang lama hendaklah pergi untuk membuat pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan.

Sampai disini dahulu perkongsian maklumat kita pada hari ni ye..
jumpa lagi di lain post hehehe (^^,)V..

Wednesday 15 May 2013

Sambungan Bahagian 3: Bagaimana Nak Pasarkan E-book Tanpa Sebarang Modal ?

Salam Sejahtera..bersua kembali hehehe
Topik kali in merupakan rentetan daripada topik-topik sebelum ini. Sekiranya anda telah siap menghasilkan e-book anda, langkah seterusnya yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut: 
1)Buka website ini .. Klik sini!  LIHAT APA YANG PATUT!
2)Klik di bahagian ini pula .. Klik sini! 
3)Masukkan nama dan email anda seterusnya lakukan pengesahan email
4)Download panduan yang diberikan
5)Baca setiap file yang diberikan selepas anda telahpun siap mendownload panduan tersebut.
6)Fahamkan apa kehendak panduan tersebut!
Akhir sekali,sila hantarkan e-book anda beserta dengan borang proposal.Sebarang masalah,anda boleh ajukan soalan kepada pihak klikjer.com.
Baki 9 hari adalah hari untuk proses penambahbaikan e-book anda sekiranya pihak klikjer.com meminta anda untuk merombak kembali e-book anda itu.
Serta,anda perlu membuat 1 draft ayat jualan seperti ayat yang menceritakan mengenai produk anda kepada pihak klikjer.Soal domain,hosting dan promosi,anda tidak perlu risau!
Saya yakin ,dengan kredibiliti yang ada pada pihak klikjer , e-book anda pasti akan terjual juga pada akhirnya .. insyallah!
Sekiranya pihak klikjer telah menerima e-book DAN draft ayat jualan anda , MAKA APA YANG PATUT ANDA BUAT?
Jawapannya ialah TUNGGU SAHAJA DUIT MASUK ke dalam akaun bank anda
Jangan ANDA RISAU MENGENAI PROMOSI , kerana pihak klikjer akan sedaya upaya membantu mempromosikan e-book anda!
Jika anda mahu tolong promosikan di facebook e-book yang telah anda hasilkan dengan usaha anda sendiri , apa salahnya! 
SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN E-BOOK PERTAMA ANDA !!!

*semua langkah-langkah penghasilan eBook dalam masa 30 hari ini saya perolehi dari beberapa siri email dari En.Ahmad Sabri (^^,)v

Tuesday 14 May 2013

Geng Susu Kangkang aktif lagi




HULU LANGAT 13 Mei - Kegiatan jenayah curi susu formula bayi menggunakan modus operandi menyorok barang itu di celah kangkang wanita dikesan kembali aktif dengan kes terbaharu dilaporkan di sebuah pasar raya besar di Taman Pelangi, Kajang di sini semalam.
Difahamkan, jenayah itu pernah berleluasa di premis berkenaan setahun lalu tetapi senyap seketika selepas polis melakukan beberapa siri tangkapan melibatkan sekumpulan warga tempatan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, dalam kes terbaharu itu, sekumpulan tiga wanita dan seorang lelaki mencuri 13 tin susu formula bayi berjumlah RM1,000.
Menurutnya, kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan pasar raya terbabit yang curiga kehadiran tiga wanita memakai jubah besar berwarna gelap.
"Ketika diawasi, pengawal itu melihat wanita-wanita terbabit sedang memasukkan beberapa tin susu bayi ke celah kangkang sambil dibantu seorang lelaki.
"Pengawal itu hanya memerhatikan tindak-tanduk kumpulan berkenaan dan mengekori mereka sehingga suspek menaiki sebuah kereta dan melarikan diri.
"Difahamkan, pengawal terbabit tidak berani untuk menahan suspek kerana berseorangan dan hanya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan selepas itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini sini hari ini.
Ogos lalu, polis memberkas lapan saki-baki ahli Geng Susu Kangkang yang dipercayai bertanggungjawab mencuri 160 kotak susu tepung berjenama dianggarkan berjumlah RM12,800 di sekitar daerah Kajang.
Siasatan polis kemudian percaya kumpulan suspek itu mempunyai kaitan dengan lima individu yang ditahan selepas mencuri susu tepung pelbagai jenama dari dua kedai runcit di Perlis, beberapa bulan sebelum itu.
Dalam pada itu, Ab. Rashid yakin suspek adalah saki-baki kumpulan yang telah ditangkap kerana melakukan jenayah dengan modus operandi sama.
"Setakat ini polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pasar raya berkenaan," katanya.

Sunday 12 May 2013

Sambungan-Bahagian 2: Rahsia Paling Mudah Untuk anda Menjadi Usahawan E-book Dalam Masa Kurang Dari 30 Hari!

 Persoalan yang pasti akan timbul jika anda membaca tajuk di atas  :
-Bagaimana Cara Yang Paling Mudah Itu ..?
-Betul ke boleh buat dalam masa kurang dari 30 hari sahaja ..?
-Betul ke , kita tidak perlukan sebarang modal untuk memulakan perniagaan e-book ini ..?

Terdapat 3 Perkara untuk menjadi usahawan e-book yang saya perolehi..
1. Teknik ini tidak perlukan sebarang modal
2. Anda perlu rajin dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan e-Book dalam masa 30 hari.
3. Anda mesti seorang yang rajin mencari IDEA dan Berfikir dalam mendapatkan IDEA.

JIKA ANDA TIADA MODAL , tetapi ANDA SEORANG YANG RAJIN DAN ANDA MAMPU BERFIKIR DENGAN SEBAIK MUNGKIN, MAKA ANDA SUDAH SELANGKAH KE DEPAN UNTUK MENGHASILKAN E-BOOK ANDA.

Bagaimana Untuk Menghasilkan E-book ?
Berasaskan teknik Asas MENCARI IDEA untuk DITUKARKAN kepada WANG!,
Gunakan teknik tersebut untuk memulakan penulisan e-book anda.
Rahsia ini hanya sesuai untuk penghasilan ebook tertentu sahaja!
 contohnya:
1. Ebook Buat Duit Dengan....
Semua ebook yang berkaitan dengan panduan buat duit. Seperti buat duit dengan email, buat duit dengan rumah, buat duit dengan kereta, atau apa sahaja panduan buat duit dengan “sesuatu perkara”.

2. Ebook berkaitan persediaan...
Semua ebook yang berkaitan dengan sesuatu persediaan, seperti persediaan untuk menghadapi peperiksaan, persediaan menghadiri temuduga, persediaan menunaikan haji/umrah, persediaan menimang cahaya mata. Persediaan mendirikan
rumahtangga, dan apa-apa sahaja persediaan yang perlu dilakukan di dalam hidup ini.

3. Ebook panduan memulakan sesuatu..
Ebook-ebook yang memberikan panduan bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan, pelaburan, penternakan ataupun pertaniaan.

Tetapkan masa yang anda mahu ambil untuk menyiapkan e-book anda itu:
Hari 1 : Cari idea / topik hangat yang dicari orang
Hari 2 : Mula mengarang 2 – 5 muka surat
Hari 3 : Kekalkan momentum mengarang 2 – 5 muka surat
Hari 4 : Karang lagi 2 – 5 muka surat
Sehinggalah anda telah berpuas hati dengan hasil penulisan anda.Tulis e-book seperti mana anda mengarang di Microsoft word.
Pastikan e-book anda telahpun siap dalam masa 21 hari yang pertama.
Lebih elok juga jika e-book anda mempunyai pendahuluan,isi kandungan,isi – isi serta penutup.
Bilangan muka surat yang dicadangkan adalah antara 30 m/s – 50 m/s sahaja. 

Sampai disini dahulu topik kali ini..saya akan kongsikan lagi maklumat berkaitan di topik yang akan datang.

Thursday 9 May 2013

“TERBONGKAR Rahsia Paling Mudah Untuk anda Menjadi Usahawan E-book Dalam Masa Kurang Dari 30 Hari!” BAHAGIAN 1

Asas MENCARI IDEA untuk DITUKARKAN kepada WANG!

1.Minat
Sedar atau tidak ,persoalan yang pada awal sebentar tadi ada menekankan mengenai MINAT kita?Cuba anda baca semula soalan diatas dan sebut perkataan MINAT sebanyak 7 kali.Apa yang bermain difikiran anda sekarang?Fikirkan seketika,apakah minat anda?PASTIKAN anda mempunyai jawapannya,OK!
Katakan anda minat berniaga,tetapi apakah jenis perniagaan yang anda minat?
-emas  – jual makanan –jual pakaian –jual kereta  -jual top up  dan sebagainya ..

2.Matlamat
Apabila minat kita sudah ada,maka matlamat seharusnya seiring dengan minat kita.Ini bermakna,jika anda berminat untuk berniaga menjual pakaian baju muslimah sebagai contoh,maka anda seharusnya meletakkan matlamat anda.Contoh: aku nak jual baju muslimah ini dan nak dapat keuntungan dalam sebulan sebanyak 7K! Ini lah yang dinamakan matlamat.Anda tanamkan satu matlamat didalam diri anda supaya matlamat anda akan terus bertukar menjadi realiti.

Matlamat anda adalah untuk untung 7k dalam sebulan hasil berniaga jual baju,bukan?
Adakah ianya dapat dicapai?

Apabila minat + matlamat telah ditanamkan didalam diri kita,maka kita MESTI atau letakkan diri kita di dalam keadaan yang terdesak!
Kenapa MESTI terdesak?Ini adalah apabila kita berada di dalam keadaan yang TERDESAK ,kita pasti akan mampu melakukan apa – apa sahaja perkara yang kita belum pernah LAKUKAN agar MATLAMAT kita tercapai.

Untuk memperolehi 7k dalam sebulan,mungkin anda perlu melakukan 3 hingga 7 cara promosi atau pengiklanan yang berbeza untuk melariskan jualan baju muslimah anda.KENAPA begitu banyak promosi?Ini lah yang dinamakan anda telah berada di dalam keadaan yang TERDESAK.Anda sanggup lakukan perkara yang tidak mungkin orang lain sanggup lakukan atau fikirkan.

Bila sudah terdesak , kemungkinan 3 – 7 sumber promosi yang bakal anda lakukan :
1)buat iklan di surat khabar
2)buat iklan menggunakan google adword
3)iklan di facebook
4)iklan di blog popular
5)edarkan flyers
Dan sebagainya…

 Tetapi sebelum anda lancarkan serangan promosi,anda WAJIB ADA KEDAI PERNIAGAAN ANDA.Jika anda tidak mampu untuk membuka sebuah kedai baju secara offline ,anda masih BOLEH membuka kedai secara online sahaja! Ya,buka kedai baju secara online lebih menjimatkan.Bina sahaja blog pakai blogspot.Percuma sahaja dan tugas anda hanyalah perlu mengemaskini info mengenai perniagaan anda sahaja!

3)TINDAKAN
Apabila minat + matlamat sudah ada, anda perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.Ingat,tiada kejayaan yang bakal diperolehi sekiranya anda tidak melakukan sebarang tindakan.Tindakan disini adalah tindakan yang harus anda lakukan kearah yang lebih baik.Katakan anda telah mampu menjana pendapatan 7k dalam 2 bulan yang pertama hasil perniagaan anda,anda seharusnya menggandakan lagi usaha promosi anda agar perniagaan anda terus berkembang lagi.

Info yang saya kongsikan sebentar tadi adalah sebagai contoh sahaja! Anda boleh aplikasikan ilmu diatas untuk memulakan sebarang perniagaan yang anda minati kelak.

 Kesimpulannya,kenali minat anda,kemudian tetapkan matlamat anda seterusnya lakukan TINDAKAN! Insyallah, WANG bakal menyusul kelak.

 Minat               = Jual E-book
Matlamat         = Dapat Hasil Jualan E-book Secara Pasif Sekitar RM 300 – RM 1500 sebulan
Tindakan         = Hasilkan E-book Dalam Masa Kurang Dari 30 Hari!

Wednesday 8 May 2013

PRINSIP KEJAYAAN

DISINI saya nak kongsikan antara prinsip kejayaan yang harus kita miliki .


1)Jangan cepat putus asa dengan ilmu yang baru sahaja kita pelajari.
   Gagal sekali tidak bermakna kita gagal selama - lamanya.

2)Praktikkan ilmu tersebut sehingga berjaya walaupun tidak sempurna.
   Sekurang-kurangnya kita sudah ada kemajuan.

3)Belajar dan terus belajar. 
   Belajar dengan apa yang kita minat ok! Bukan ikut minat orang lain.

Please Be Yourself To Achieved The Successfull !

Anda Mungkin Meminati Artikel Ini..

Lain lain Artikel untuk anda..

Ping Blog